Wednesday, July 29, 2009

tahniah..Kontinjen Selangor =)

kenangan kemenangan Generation Sanguine Sdn Bhd di Perlis


-Keratan akhbar SINAR Selangor,KL..selasa,28.7.09

Generation Sanguine bolot tiga kategori utama

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meraikan kejayaan Kontinjen Selangor yang menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (Permata) Peringkat Nasional ke-13 bagi 2008 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis pada 26 hingga 29 Julai lalu.

Kontinjen Selangor diwakili empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia, SMK Jugra Banting, SMK Jalan Kebun dan SMK Bandar Sunway.

Sekolah berkenaan adalah pemenang anugerah-anugerah pada Konvensyen Program Usahawan Muda Permata Peringkat Negeri Selangor.

SMK Gombak Setia menerusi syarikatnya, Generation Sanguine Sdn Bhd berjaya merangkul hadiah utama iaitu Johan Anugerah Syarikat Terbaik, Johan Pengurus Terbaik dan Naib Johan Persembahan Terbaik.

Manakala, SMK Jugra Banting memenangi Johan Anugerah Produk Terbaik dan Naib Johan Pengetua Terbaik.

Difahamkan, hasil daripada pencapaian secara tidak langsung PKNS diiktiraf sebagai Agensi Pelaksana Terbaik dalam program Permata ini.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, Program Usahawan Muda memberi pendedahan kepada pelajar kepada dunia perniagaan sebenar.

Menurutnya, sejak program itu diperkenalkan 11 tahun lalu, dianggarkan seramai 11,975 pelajar mengikuti program berkenaan dengan perbelanjaan RM990,000 setahun meliputi kursus dan kem keusahawanan, pembinaan kiosk berjaya menghasilkan kejayaan.

“Sekurang-kurangnya empat peratus usahawan berjaya dilahirkan menerusi program ini dan 480 usahawan telah atau sedang dalam proses menjadi usahawan sebenar.

“Saya menyeru kepada pelajar untuk menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk persembahan terbaik sehingga berjaya mengulangi kejayaan menjulang nama Kontinjen Selangor ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Antara tujuan lain program tersebut ialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar untuk memulakan dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.

Selain itu, Muhamad Fair Erfan, 17 dari SMK Gombak Setia dinobatkan sebagai Johan Pengurus Terbaik menerusi syarikat Generation Sanguine Sdn Bhd

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri, Abd Khany Mat Yusoff.

*********************************************************************************
p/s: .....tumpang gembira.....sb walaupun baru masuk kelab usahawan muda ni, banyak pengalaman sudah diperolehi....kagum dgn semangat kak liza..=)

No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails