Monday, April 20, 2009

Ice itu.... 'sahabatku'.....


Aku rasa makin bertenaga...

Aku rasa makin bersemangat..

Terima kasih
Ice...

Apabila kau bersamaku..
jiwa ku rasa seronok sangat..

Aku rasa dunia ini aku yang punya...

Aku leka dalam keseronokan apabila kau menemaniku...

Ku lupa halal dan haram..

Ku lupa dosa dan pahala...

Sehinggalah suatu hari itu....
Aku ditimpa kerunsingan...

Aku ingin kau meresap ke dalam jiwaku...
menenangkan aku...
Aku biarkan bisikan syaitan agar menelanmu lebih banyak daripada biasa..


Padahal ku tahu natijahnya..
Dirimu yang terdiri daripada
hanya beberapa % ecstacy, serbuk syiling..serbuk kayu...serbuk lampu pendafloure...

Tapi..tidak mengapa..
kau kan sahabatku....
Ice...

Tiba-tiba..aku terasa diriku kosong...

diriku melayang-layang...
Diriku sakit....
Sakit yang amat sangat....

Aku tak dapat mengawal diriku...
Di mana engkau wahai Ice...

Kau kata kau setia menemaniku...

Kau kata kau boleh menenangkan aku..


Di mana engkau sahabatku..

Dalam kegelapan itu..aku lihat..
aku masih memegangmu..
Ice..
Aku berfikir dalam kesakitan.......
adakah memang benar kau sahabatku..
Ice????
Adakah masih ada 'cahaya' untukku....









Antara contoh pil ecstacy..Awas para guru dan

ibubapa..nampak macam gula-gula atau pil biasa...
Sumber gambar :
stopthedrugwar.org



***
Ice ialah sejenis syahbu..dikenali juga sebagai ecstacy...Ia sangat berbahaya...Saya menulis tajuk ini kerana bimbang dengan gejala dadah yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia.Perkara yang paling mengecewakan jika gejala ini semakin menular di kalangan murid..iaitu golongan yang masih mentah...yang baru ingin mengenal 'apa itu dunia'....

***Ayuh..jauhilah dadah wahai insan yang dianugerahkan akal fikiran...kerana..


Faktor yang menyumbang seseorang itu terjebak ke dalam najis dadah ialah:

a) ingin mencuba

b) terpengaruh dengan rakan sebaya
c) desakan hidup menyebabkan ingin menjadi pengedar
d) kurang didikan agama dan kawalan ibubapa



****Selain daripada itu, perkongsian maklumat yang saya perolehi sewaktu Kursus Kejurulatihan SLAD Negeri Selangor..mengatakan bahawa sekali seseorang dah terjebak dengan najis dadah..memang sukar nak rawat.....
Memang sukar nak pulih.....

"Rasanya macam 1000 kali lagi sakit daripada sakit gigi..."
"Saya rasa macam ada suara halus yang berbisik..."
" Fikiran saya kosong...seperti tidak boleh berfikir apa-apa.."

Itulah luahan penagih jika tidak mendapat 'stok bekalan' atau ketika mendapat 'stok bekalan'....


*****Fikirkanlah sekali anda tertangkap sama ada anda terlibat secara langsung atau tidak langsung..selamanya cop ANDA PENAGIH atau ANDA BEKAS PENAGIH akan bermain di bibir orang...di bibir keluarga anda..rakan anda..orang yang anda sayang...


****Keburukan terjebak dengan gejala dadah:

a) dah memang DOSA dan HARAM
b) Putus hubungan kekeluargaan
c) Pecah belah masyarakat
d) Boleh bertindak di luar kawal sehingga sanggup membunuh..kerana saraf terganggu
e) Menyebabkan penyakit spt AIDS kerana berkongsi jarum dan membawa kematian


****JAUHILAH DADAH...Semoga negara sifar DADAH 2012 menjadi kenyataan..Amin..

BELIA BENCI DADAH !!!!

Wednesday, April 8, 2009

sayang..oh..sayang...

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,

“ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia kasihkan saudaranya itu sebagaimana ia kasihkan terhadap dirinya sendiri.”

( H.R.Bukhari & Muslim)


Indahnya Islam…kerana adanya kasih sayang Allah, semua makhluk di alam ini hidup dalam keadaan harmoni…aman…damai…rasa sayang bukan hanya pada lelaki dan perempuan sahaja..tapi lebih luas lagi.. rasa sayang ibubapa dan anak…rasa kasih pada sahabat-sahabat…rasa kasih pada haiwan..rasa sayang pada alam..dan yang paling utama ialah rasa sayang dan kasih pada pencipta alam ini, iaitu Allah swt….dan juga rasa sayang pada rasulullah….


Dengan adanya kasih sayang, ALLAH melimpahkan rezeki kepada hamba-hambaNya …tidak terhingga…walaupun kadangkala kita sering melupakanNya…


dengan kasih sayang Allah, kita dapat melihat dengan sepasang mata yang cantik..kita dapat menghidu dengan hidung yang elok terletak…kita dapat mendengar dengan telinga…kita dapat makan..minum..berkata-kata dengan seulas bibir yang indah ciptaannya…SubhanaAllah..kita tidak pernah membayar semua pancaindera yang cantik ini..hatta keperluan yang utama bagi hidupan iaitu oksigen..udara yang kita nikmati setiap hari adalah free of charge….Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan Maha penyayang…


Dengan adanya kasih sayang….Rasulullah S.A.W tidak pernah melupakan umatnya..sehinggakan..pada saat terakhir kewafatan baginda..yang bermain di bibir baginda ialah..” umatku…umatku…umatku..” dengan kasih sayang Rasulullah.. baginda lah yang dapat memberi syafaat kepada umatnya di hari akhirat kelak..dengan adanya kasih sayang Rasulullah dan izin Allah….kita solat hanya 5 waktu sahaja sehari semalam kerana baginda tahu..umatnya tidak mampu..terlalu lemah untuk solat lebih dari itu…namun kadangkala kita tidak mengamalkan sunnahnya..lokek untuk berselawat kepadanya…


Dengan adanya kasih sayang..seorang hamba akan rajin beribadat kepada Tuhannya..mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang dikecapi..tidak pernah jemu merendahkan diri bersujud kepada Allah…memuji-muji kebesaranNya..menitiskan air mata keinsafan dan kesyukuran…


Dengan adanya kasih sayang..seorang hamba akan mempertahankan agamanya..menjadi sensitif jika agama diperkotak-katikkan..mempunyai semangat dakwah untuk menyelamatkan umat…berusaha untuk mengamalkan sunnah…


Dengan adanya kasih sayang..kita tidak akan sanggup melukakan hati orang yang kita sayang…seorang anak akan mendengar kata ibubapanya..menghormati mereka..jadi anak yang soleh dan solehah..dengan kasih sayang juga, seorang anak akan mendoakan kesejahteraan ibubapanya..mencapai kecemerlangan dalam hidup…


Dengan adanya kasih sayang..seorang ibu mencium dan membelai anaknya..menyusukan anaknya…menjadi penawar segala duka anaknya..dengan adanya kasih sayang..seorang ayah bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada keluarganya..mencari rezeki yang halal…memberi tempat tingggal kepada keluarganya…


Dengan adanya kasih sayang..seorang isteri taat pada suaminya..menggembirakan hati suaminya..tanpa jemu melayan suaminya dengan penuh keikhlasan…menjadi sumber inspirasi kepada suaminya…memandangnya mententeramkan jiwa…menenangkan fikiran..


Dengan adanya kasih sayang..seorang suami takkan menyalahgunakan kuasa seorang suami kepada isterinya..seorang suami akan membentuk dan mendidik isterinya dengan kelembutan…kerana tulang rusuk yang bengkok akan patah jika kita menggunakan kekerasan..dengan adanya kasih sayang, seorang suami akan menjadi imam yang baik kepada sayap kirinya..menjadi pelindung kepada suri hidupnya..


Dengan adanya kasih sayang..seorang suami tidak akan mendidik isterinya dengan kecantikan..dengan kemewahan…tetapi akan mendidik isterinya dengan cintakan Allah..dengan cintakan akhirat..


Dengan adanya kasih sayang..seorang sahabat sanggup berkorban untuk sahabatnya..memberi semangat di kala kegagalan..menjadi pendengar dikala kesusahan…menghargai apabila dibantu…menghulurkan bantuan di kala kesempitan..gembira apabila sahabatnya gembira..bersedih apabila sahabatnya bersedih…


Dengan adanya kasih sayang…seorang manusia itu sayang pada haiwan.. sayang pada alam.. menghargai kecantikan alam..dan menghayati kebesaran Pencipta…SubhanaAllah…


TAPI.………jika kita tidak bijak mengawal rasa sayang ini….seorang wanita sanggup menyerahkan maruahnya kepada lelaki yang bukan suaminya.. …..’loving couple’ sanggup kahwin lari di sempadan tanpa restu keluarga untuk merealisasikan hasrat bersama…seorang lelaki akan sanggup bermusuh kerana cemburu…seorang suami sanggup menjadi dayus melihat kecurangan isterinya..seorang anak sanggup ponteng sekolah kerana bimbang ditinggalkan oleh rakannya…seorang ibu atau ayah sanggup memberi kemewahan dan kebebasan berlebihan kepada anaknya…dan yang paling menyedihkan…seorang hamba akan terlalai dan masuk ke lembah hina kerana keseronokan dan rasa cintanya pada dunia melebihi dari rasa cintanya pada akhirat…Nauzubillah…


Sebagai renungan kita bersama…..jom kita hayati senikata lagu ini..

Kasih sayang itu baja

Kasih sayang penyubur jiwa

Kasih sayang itu penawar

penguat cinta penghapus duka

kasih manusia sering bermusim

sayang manusia tiada abadi

kasih tuhan tiada bertepi

sayang tuhan janjinya pasti


Mudah-mudahan kita akan sentiasa berada di bawah rahmat dan limpahan kasih sayang Allah…Amin….=)

kini..saya dah ader 8 orang anak...

“ha??? 8 orang anak???” terlopong adik2 pgram…”yelah..8 orang anak sedara..he…” laaaa….suspen jer..” inilah reaksi spontan tatkala saya cakap mcm ni swktu pgram ngan adik2…seronok tengok muka adik2 ternganga..he..=)



kejap je sy rasa dah ada 8 ank sdara..tahun lepas, wktu bln Ramadhan, seorang putera, Muhammad Nur Adam lahir pada 5 Ramadhan..pas2 waktu 30 Ramadhan, seorang puteri pula dilahirkan, Aysha Umairah….Perasaan syukur sangat kerana dikurniakan anak2 sdara yang sihat dan comel2…


Memang riuh klu kami semua berkumpul…Gelagat Nur Iman Insyirah yang keletah, membuatkan kami sekeluarga x kering gusi..Satu yang kelakar tentang Iman ialah dia suke tengok cite P.Ramlee…Suruh lah dia nyanyi lagu “Maafkan kami..Maafkan kami..” mesti boleh..siap ambil bekas cat, nak buat gendang..=) Iman juga suka bila diajarkan doa..Alhamdulillah beberapa jenis doa berlagu dah dihafalnya..cume..ank sdara sy sorang ni..memang garang..he..Kelahiran Iman memang dinantikan sb dialah anak yang dikurniakan kpd kkk sy slpas 5 tahun kahwin…setahun selepas itu, adiknya , Nur Aina Zahirah pula dilahirkan…Inilah yang dikatakan rezeki..”Sesungguhnya Allah akan menguji hamba2Nya dengan kekurangan harta,jiwa…dan beruntunglah bagi mereka yang sabar”…=)


best jer tengok anak2 kecil ni..epi jer..takde masalah..xder perkara nak fikir..kan best..tp inilah kehidupan…tp yang lebih pelik..bila kt tgok baby xder gigi gelak ..rasa comey sgt..tapi klu org besar gelak tapi xder gigi..aduh..lg ‘lawa’….=)


Buat anak2 sdara Cik Ani…(Nur Iman Insyirah,2;Nur Aina Zahirah,1;Nur Husna Aqilah,3;Siti Maisarah,1;Aysha Umairah, Muhammad Nur Firdaus,5;Muhammad Nur Akmal,5 dan Muhammad Nur Adam)..Cik Ani doakan semoga kalian jadi anak yang soleh dan solehah, cerdik, selamat di dunia dan di akhirat dan menjadi putera dan puteri kebanggaan ibu dan ayah..Amin..=)


"klu kita lihat anak kecil..fikirlah untungnya mereka..tak banyak dosa lagi…klu kita lihat orang tua..fikirlah untungnya mereka…banyak amalan telah dilakukan..erm..tapi…bagaimana diri saya??diri anda??bagaimana ye ??"

apa???nyanyi lagu omputih ???

”Minggu depan ,sambutan hari guru akan diadakan. Jadi, boleh ye cikgu-cikgu praktikal UM berganding bahu ngan cikgu di sini wat persembahan yer..” cikgu BI berkata kepada kami berempat. ” Err..buat persembahan apa, kak??” kami bertanya. ”Ala..lagu omputeh..kacang je kan..korang kan orang muda..mesti tahu punyer..” Saya dan sahabat baik, aini, tersenyum..hu..lagu omputeh..nak sebut pun berbelit..ni nak nyanyi..huhu..”xpe2 kami mesti boleh..kami kan cikgu sains..kena berlatih cakap English..” Hari-hari kami berlatih…kelakar..berpeluh-peluh, bersungguh-sungguh..yelah first time nak wat persembahan depan anak murid..he….


Akhirnya, hari yang dinanti pun tiba. Kami pun melangkah dengan bergayanya. Persembahan ini turut disertai oleh 4 orang guru lain, 4 guru praktikal um dan 6 orang pelajar. 1..2..3…start..Aduh..sedap-sedap tengah nyanyi…nak tau apa yang terjadi??Mic tak berfungsi dengan BAIK!!!! Spoil..Spoil… Last2 kami pun nyanyi jela dengan muka selambanya sb orang kat depan stage tak dengar pun..huhu…. TRAGIS Sungguh…tapi seronok =)


Pesanan : Nyanyi jela walaupun orang tak dengar..= p .apa yang penting, berani mencuba sesuatu yang baru. Bijak berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik dengan guru yang lebih senior. Buat Aini, Cha dan Seha..kenangan yang pasti tak dapat dilupakan….Terima kasih jadi kawan nangis, ngomel, gelak n masak..he… =)

sayang selalu…

praktikal (latihan mengajar) he...

CIKGU OH CIKGU…..


“ umur cikgu berapa?”… “ cikgu dah ada boyfriend?”…senyum apabila terkenangkan masa praktikal dulu..he…

________________________________________________________________________



“Apa.??. sekolah cina??…huhu..macamana nak ajar ni.. mereka faham ke bahasa melayu..macamana pula bahasa inggeris…cakap bahasa cina ?? lagi tak tahu… waaini…li hao ma…tahu la…” rasa beratnya cabaran nak pergi ke sekolah tu…Mujurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan.. “ jangan bimbang..korang insan terpilih.Allah tempatkan korang berdua di sana kerana korang mampu..” Ya..itulah yang saya sematkan dalam hati..setiap kejadian itu ada hikmahnya dan Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan..



“Selamat datang, cikgu..” Janggal mulanya apabila digelar begitu pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah..Nametag yang saya pakai dipandang.. Saya dan sahabat baik berpandangan sambil tersenyum..Kami dibawa ke bilik guru dan diberikan tempat duduk. “ Ooo..ada juga cikgu muda..Praktikal juga ke….” Bisik saya di dalam hati.



Suasana sekolah diamati.. “ hmm.. ‘boleh tahan’ juga sekolah ni..”

“ Ok, kelas..kamu nak dengar tak suara cikgu yang akan mengajar kamu sementara selepas ini??” tiba-tiba guru pembimbing memecahkan kesunyian kelas Biologi pada pagi itu.“ Nak..” Semua mata tertumpu kepada saya. Saya sejak tadi berada di tepi kelas memerhatikan mereka rasa berdebar-debar “ Arni..be cool..Chaiyok-chaiyok..” sempat lagi saya memberi semangat kepada diri tika itu..he..dengan penuh keyakinan saya memperkenalkan diri “ Saya akan berikan yang terbaik untuk anda dan mengharapkan anda juga berikan yang terbaik untuk saya ” Saya tersenyum kerana tidak sangka terkeluar ayat tersebut dari mulut ini..Cheh Wah..Dalam hati..Allah sahaja yang tahu…=) Hati saya terasa sedikit lega tatkala menerima tepukan daripada anak murid. Saya mengharapkan mereka dapat menerima saya dengan hati yang terbuka.



Esoknya, saya melawat pula kelas yang kedua, iaitu subjek Sains. Aduh, pening kepala apabila melihat anak murid saya yang berada dua meja di belakang kelas ,tidur. ”Budak-budak ni memang saya suka biarkan mereka tidur, kalau tidak mereka akan buat bising ” ujar guru yang penuh dengan sifat keibuan itu.” Oooo..macam tu ke..macamana lah keadaannya bila pensyarah ku datang..huhu..” hati kecil saya menangis..


____________________________________________________________________



“Ok class, today I would like to call three lucky students to be subatomic particles. When I call your name, please stand up and come in front.” Suasana kelas menjadi riuh seketika apabila melihat rakan mereka menjadi proton, nucleus dan electron. Saya semakin geli hati kerana rupa-rupanya nama yang saya panggil merupakan ’hero-hero’di dalam kelas, memang satu kebetulan !!



Anak murid saya, yang saya panggil proton pada mulanya kelihatan tegang apabila saya memanggil namanya, tetapi dia akhirnya tersenyum apabila melihat rakan-rakannya ketawa. ”Satu permulaan yang baik” hati kecil saya berbunga riang.



“ Teacher, we’re not finished yet” jerit anak murid apabila saya ingin menarik kertas transparency. Pelajar di belakang pula sibuk melihat keluar kelas, kelihatan pelajar sesi petang mula memenuhi perkarangan sekolah. ”Teacher, time’s up. We want to go back home.” Aduh, benarlah kata guru mereka, baik mereka tidur.. Tapi, ini tidak mematahkan semangat saya.” Aku mesti buat sesuatu ”…tekad saya dalam hati. Saya mesti mencuba kaedah lain untuk ’mencuri’ hati mereka. Saya takkan biarkan anak murid saya begitu sahaja .



Hati ini bertambah semangat apabila teringat kata seorang guru di sekolah tersebut . ”Kalau awak boleh mengatasi cabaran dan berjaya ’mengambil’ hati anak murid di sini, kelak walaupun awak ’dicampakkan’ ke mana-mana, pasti awak dapat mengatasinya.Analoginya seperti jika awak boleh memandu di Kuala Lumpur, nescaya awak boleh memandu di mana-mana” ujar guru yang turut kebingungan pada awal ’posting’nya ke sekolah ini walaupun telah mengajar hampir 10 tahun di Kuala Lumpur sebelum ini. Kata-katanya menggerunkan tetapi berjaya meniup semangat saya dan kengkawan untuk ’mencuri’ hati mereka.



” Ya Allah , Kau lembutkanlah hati anak muridku. Semoga aku seronok mengajar mereka dan semoga mereka juga seronok dan faham apa yang aku ajarkan. Berilah aku kesabaran dan kekuatan. Amin. ”


dan... Alhamdulillah dapat A 'kurus' (A-) untuk latihan mengajar he..=)



"Percayalah setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya…Kuatkan semangat, sentiasa berfikiran positif, rajin mencuba kaedah baru dan ceria selalu…Jangan lupa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan..=)"



bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails