Wednesday, December 29, 2010

...........

Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan saya hari ini...
Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan saya untuk tahun hadapan....

Benarlah..

Allah akan uji hamba-hambanya mengikut kemampuan mereka..

Alhamdulillah...syukur....

Niatkan dalam hati..melakukan yang terbaik, ikhlas, segala pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah...

Insya Allah...keberkatan pada ilmu dan harta akan membawa kepada kebahagiaan umpama mentari yang menyinari alam..


Semoga rasa cinta pada ilmu ini akan hadir dan terus hadir.....tidak jemu..tidak tension.....subur..dan terus mekar di dalam hati..... insya Allah...



....... arni ..........


..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .....

Friday, December 24, 2010

cinta....


..... CINTA....is.... LOVE......

..... LOVE ....is....CINTA....

Alhamdulillah jika masih ada rasa cinta dalam hati...

Cinta kepada Allah..
Cinta kepada Nabi..
Cinta kepada ibu dan ayah...
Cinta kepada keluarga...
Cinta kepada guru...
Cinta kepada rakan...
Cinta kepada jiran..
Cinta kepada alam..
Cinta kepada kedamaian..ketenangan...
Cinta kepada ilmu....

.....beruntungnya orang yang masih ada rasa cINTa di dalam hati.....

namun..jika rasa cinta ini hilang...

manusia akan hilang arah tujuan hidup..
manusia akan derhaka kepada ibu ayah..
manusia akan bermusuh dengan rakan..hasad dengki..iri hati...merasakan diri hebat..
manusia akan rakus merosakkan alam...
manusia akan menjadi kejam dan zalim..nyawa manusia tidak berharga...
maruah manusia akan dipijak..dan dihina..

andaikata haiwan boleh berkata-kata..mungkin haiwan ini akan berkata.."Manusia ni pun macam aku.." kepada manusia yang memiliki jiwa yang kosong, hati sekeras batu dan mempunyai akal tetapi 'tidak berfungsi' ...


...... CINTA is LOVE.....

.... LOVE is CINTA.....



" Ya Allah..jauhkan kami daripada fitnah dan aib di dunia dan di akhirat "

......amin....




................. arni .........................


................ sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ..........................



Thursday, December 16, 2010

bagaikan puteri....ramlee awang murshid



"Entah apa lah yang best sangat abang syukry baca tu..." bisik saya di dalam hati. Pelik..apabila melihat abang saya tekun membaca sebuah novel..dan meminjam banyak buku karya seorang penulis ini. Sebelum ni, saya jarang melihat dia membaca novel tetapi saya abaikan sahaja novel tu sebab tuntutan kerja tidak membolehkan saya membaca novel.

Saya sebenarnya sudah lama tidak membaca novel sebab selepas zaman persekolahan, saya lebih suka membaca buku-buku yang boleh menyuntik motivasi kecuali novel karya dua orang sahabat saya iaitu 'Melakar Cinta Firdausi' oleh Aimi dan Aini. Ha, buku ni best. Promote jap =) Bukannya apa, kadangkala rasa agak bosan apabila membaca novel-novel yang kebanyakannya hanya berkisar cinta sahaja dan kadangkala tidak membawa mesej.

Apabila cuti sekolah bermula, barulah saya cuba 'mengintai' novel tersebut. Saya pandang tajuk dan ilustrasi buku tersebut.."Bagaikan Puteri" oleh Ramlee Awang Murshid. "Hmm..ni mesti kisah cinta lagi"..saya bisik lagi ke dalam hati. Tetapi persepsi saya berubah apabila mula membaca novel ini. Olahan cerita yang baik, penyusunan ayat yang menarik, unsur2 dakwah , keberanian menentang kejahatan, mistik, perjuangan,keyakinan,cinta pada Allah,manusia dan kejujuran dalam bersahabat menjadikan novel ini amat menarik dibaca.

Sebelum saya mengakhiri post saya kali ni..saya nak share sedikit pasal novel ni.

Haryani dan Saifudin, dari dua zaman yang berbeza iaitu zaman alaf 21 dan zaman abad ke 15, dipertemukan dengan izin Allah ketika Haryani koma di zaman alaf 21. Saifudin yang dikenali juga sebagai Laksaman Sunan seorang yang warak,jujur,hebat dalam ilmu kepahlawanan sama ada sesama manusia atau menentang pengikut syaitan.

Penulis berjaya mengolah cerita ini dengan memasukkan cerita sejarah mengenai Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah sehinggakan kadangkala membuatkan kita terfikir, benarkah Laksamana Sunan yang terkenal di bandar Aceh ini wujud pada zaman Hang Tuah. Laksamana Sunan ni sebenarnya orang Melayu tetapi membawa diri ke Aceh akibat difitnah.

Laksamana Sunan walaupun hebat di mata manusia tetapi sangat patuh kepada agama dan merendah diri. Fitrah manusia kepada rasa sayang, mengheret Haryani untuk memilih antara dua iaitu kehidupan abad ke 15 atau abad ke 21 dan hanya kematian di salah satu zaman yang membolehkan Haryani hidup di zaman satu lagi.


" bernafaslah atas nama TuhanMu yang Maha Agong. Pulanglah..kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Di sinilah Dani, lelaki dalam abad ke 21 sentiasa memberi sokongan dan berbicara dengan Haryani yang pada ketika itu sedang koma untuk mengajaknya pulang ke abad 21 walaupun Dani tidak pernah kenal dengan Haryani. Adakah naluri ini kerana Dani dikatakan keturunan keluarga Laksaman Sunan ?? dan kehidupan yang manakah Haryani pilih??? Abad 21 atau kurun ke 15??? Kenalah baca sendiri ye..he.. Selamat membaca..



Semoga penulis yang memasukkan unsur dakwah dan peringatan yang baik kepada manusia sentiasa tumbuh bagaikan cendawan. Tidak lupa kepada Faisal Tehrani, A. Latip, dan Habiburrahman..teruskan dakwah anda dalam penulisan. Oh ya.. Aini dan Aimi..buat sambungan novel ye..

dan bagi pembaca pula..kita perlulah meneliti sejarah,hadith dan ayat Quran yang digunakan dengan sebaiknya kerana kadangkala terdapat penulis menggunakannya dan diolah dalam bentuk cereka untuk menjadikannya menarik. Jadi, sekiranya was-was mengenai sesuatu perkara..jangan malu bertanya kepada yang lebih arif.

Sekian..selamat membaca buku yang bermutu. Wassalam...




................ arni .....................................

............. sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .........................



Monday, December 13, 2010

Al kisah...bila mula sekolah.....




Apa??? Back to school????



Maka..bermulalah adegan seperti berikut....


1) Beberapa hari sebelum sekolah bermula...


"
Aduh..rambutku.." Boys akan menangis melihat rambutnya gugur di kedai mamak...

(Kalau tak potong pun TAK PE..sebab boleh dapat perkhidmatan
'free' daripada guru disiplin..) =p



Seterusnya...


2) Pada malam sebelum esoknya sekolah..Mak dan ayah sudah mula bertanya itu dan ini....


"Sayang...dah masukkan pen,pensel,pemadam,pembaris..??"

"Kakak..dah gosok baju??? "

"Abang..berhenti main game..tidur awal..esok sekolah.."




3) DAN.......Pada awal pagi.....riuh lagi rumah.....


..Kring....Kring....Jam loceng berbunyi..

"Along...bangun..achik ..bangun...sekolah..solat Subuh dulu.."

Kalau masih ada yang tak mahu bangun..mungkin ada di antara kita yang tiba-tiba menjerit dan menyapu air di muka dan memerah baju.....
( sama ada dipiyat telinga..atau lebih tragis lagi..disimbah air..) kesian...he



4) Akhirnya...dengan bersusah payah..kita pun mandi2 dan bersiap sedia untuk ke sekolah.....


Waktu kita kecil-kecil dulu..mesti dah ada sarapan kat atas meja..siap ada botol air dan bekal..opps..lupa pula..duit belanja pun ada..Mak siap pesan...

"Simpan duit elok2..beli lah apa-apa..kalau ada lebih..boleh masuk tabung.."=)




5)
Lalu mak atau ayah kita pun hantar kita ke sekolah.. Ada juga..kawan2 kita yang kena naik bas...



Walaupun penuh...tetapi seronok juga sebab dapat jumpa kawan2..macam cerita "Geng Bas Sekolah" he...

dan adakalanya paling tak best apabila kita diambil paling awal..tetapi dihantar balik paling lambat...bas pusing2..hu..


6) dan Akhirnya...kita pun sampai di sekolah...


Yang bestnya..dapat jumpa kawan2 dan cikgu2....



Yang tak bestnya..apabila kita lihat ada kawan2 kita yang .......




......MENANGIS......

Nak tahu kenapa tak best???

Sebab kita pun rasa nak MeNANgis sebenarnya.....huhu..tapi nasib baik kita kesian kat mak ayah kita..dan ingat pesan mak ayah..

" Xx..sekarang Xx dah besar..jadi tak boleh nangis2 tau.." jadi kita tAhaN je...


7) dAn Apa yang penting...kita nak belajar dan kutip ilmu dari cikgu...


.

sebab..kita nak
BERJAYA dunia dan akhirat....


.


........Insya Allah.....


" Orang yang berilmu itu lebih tinggi darjatnya di sisi Allah..."



p/s: Rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan sesiapa pun...=)



***************************




...... arni.....

......sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........






Thursday, December 9, 2010

rahsia alam...



sAYa suKA gambar-gambar ni.....klu awak tak suke..xpelah..sy tak kisah pun..hihihi...



......Si rama-rama sedang makan nanas....


..... jalan yang lurus .....


..... alam yang amat mendamaikan ......




....alam yang mengandungi seribu rahsia..yang hanya diketahui oleh Penciptanya yang
Maha Agong..

.... sesungguhnya beruntunglah orang yang mahu berfikir tentang kejadian alam ini .....





....arni......
......sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat.......

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails