Sunday, February 12, 2012

Bercakap benar walaupun pahit...


Assalamualaikum wbt..

salah satu sifat Rasulullah s.a.w ialah benar...Rasulullah s.a.w tdk pernah menipu..baginda sentiasa bercakap benar sehinggakan digelar Al-amin...Segala-galanya tentang Rasululllah adalah yang terbaik dan terpuji...Memang benarlah Muhammad itu diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam..

" Dan tidaklah kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam semesta " Al-anbiya',21: 107.

Nabi Muhammad adalah contoh terbaik tidak kiralah sebagai anak..bapa..suami..orang miskin...anak yatim...orang tidak tahu membaca..peniaga....imam..pemimpin negara...pendidik...segala-galanya adalah yang terbaik..sebab itulah Saidatina Aisyah r.a berkata akhlak Rasulullah adalah Al-Quran..

Rasulullah s.a.w sentiasa bersikap lemah lembut terhadap keluarganya..
Rasulullah s.a.w sentiasa bersikap baik dengan kanak-kanak..
Rasulullah s.a.w sentiasa sabar dan melakukan kebaikan walaupun trhadap orang yang mencercanya...

Saya teringat kisah bagaimana terpujinya akhlak Rasulullah s.a.w trhadap seorang wanita tua dan buta yang sentiasa mencaci baginda tetapi Rasulullah s.a.w tetap memberi makan kepada wanita tersebut sehinggalah baginda wafat.. Wanita tua tadi berasa pelik dan hairan kerana yang memberinya makan pada hari tersebut berlainan dengan hari-hari yang selalunya. Sahabat Rasulullah menangis..dengan hibanya beliau memaklumkan tentang kewafatan Rasulullah s.a.w.. Muhammad yang dicaci itulah insan yang menyuapkan makanan kepadanya setiap hari... Allahuakbar..akhirnya wanita tua itu mengucap kalimah Lailahaillah di hadapan sahabat.. Betapa terpujinya akhlak Rasulullah...

Ya Allah..jika saya yang mengalami nasib seperti itu..belum tentu lagi saya dapat sesabar Rasulullah s.a.w....Sesungguhnya pada dirimu Rasulullah terdapat suri teladan yang baik..iaitu bagi mereka yang mengharapkan rahmat dan kebaikan di akhirat...

Subhanallah...Allahuakbar..sangat hebat insan terpuji yang bergelar Nabi Muhammad s.a.w..

Bagi saya..memang kadang kala bercakap benar itu pahit...ttpi saya tetap percaya bahawa KEBENARAN akan mengatasi KEBATILAN....dan jujur itu akan membuatkan kita berasa lebih tenang..PERCAYALAH.....Serahkan segalanya pada Allah... :)

1 comment:

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails